Dalam    sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis 
itu    sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada 
langit    yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada
 langit    ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya
 adalah    al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada 
langit keenam    namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya 
disebut Azazil    manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia
 (iblis)  lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah   
memerintahkannya sujud  kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau 
  mengutamakannya  daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya.  
 Engkau jadikan aku  dari api dan Engkau jadikan Adam dari tanah."
Lalu
 Allah S.W.T  berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku   
kehendaki." Oleh  kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka  
 dia enggan sujud  kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia
 berdiri tegak  sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang   
berlalu. Ketika para  malaikat mengangkat kepala mereka, mereka  
mendapati  iblis tidak sujud  sedang mereka telah selesai sujud. Maka  
para malaikat  bersujud lagi  bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi  
iblis tetap  angkuh dan enggan  sujud. Dia berdiri tegak dan memaling  
dari para  malaikat yang sedang  bersujud. Dia tidak ingin mengikut  
mereka dan tidak  pula dia merasa  menyesal atas keengganannya.
PERUBAHAN WAJAH IBLIS 
Kemudian
  Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah    
cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan  
  kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol  
di   atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti
    wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan 
wajahnya.    Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua 
bibirnya    seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi 
hutan dan    janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
BALASAN UNTUK KESOMBONGAN 
Setelah
  itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit,   dari 
bumi  dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi   melainkan 
dengan  cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke   hari 
kiamat kerana  dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada  sebelumnya  
sangat indah  cemerlang rupanya, mempunyai sayap emPat,  banyak ilmu,  
banyak ibadah  serta menjadi kebanggan para malaikat dan  pemukanya, dan
  dia juga  pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika
  Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril  A.S  
dan  Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah  yang  
membuat  kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami  tidaklah
  aman  dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah
  diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah   mengusir 
aku  dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya   melainkan
  dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata
  lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang    
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu    
dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi,  
"Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman   dengan maksud,  
"Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di  sana  sejalan  
dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi  
untukku." Maka Allah berfirman   lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah  
terhadap mereka pasukan berkuda   dan pasukan yang berjalan kaki, 
artinya  mintalah tolong menghadapi   mereka dengan pembantu-pembantumu,
 baik  yang naik kuda mahupun yang   berjalan kaki. Dan berserikatlah 
dengan  mereka pada harta, yaitu   mendorong mereka mengusahakannya dan 
 mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu
  dengan menganjurkan mereka dalam   membuat perantara mendapat anak 
dengan  cara yang dilarang, seperti   melakukan senggama dalam masa 
haid,  berbuat perkara-perkara syirik   mengenai anak-anak itu dengan 
memberi  nama mereka Abdul Uzza,   menyesatkan mereka dengan cara 
mendorong ke  arah agama yang batil, mata   pencarian yang tercela dan  
perbuatan-perbuatan yang jahat dan   berjanjilah mereka." (Hal  
ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra   ayat 64 yang bermaksud :  
"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di  antara  mereka dengan suara  
engkau dan kerahkanlah kepada mereka  tentera engkau  yang berkuda dan  
yang berjalan kaki dan serikanlah  mereka pada harta  dan anak-anak dan 
 berjanjilah kepada mereka. Tak ada  yang dijanjikan  iblis kepada 
mereka  melainkan (semata-mata) tipuan." 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar