MySQL adalah pangkalan data RDBMS (Relational Database Management System) yang akan menyimpan data-data sistem yang dibangunkan. Terdapat banyak pangkalan data RDMS lain yang ada dipasaran seperti Oracle, Informix, Sybase, DBase, MS SQL, MS Access dan banyak lagi.Pangkalan data tersebut kesemuanya perlu dibeli dengan kos yang tinggi.
Tetapi, MySQL tetap menjadi pilihan kerana ia adalah Sumber Terbuka (Open Source) yang boleh digunakan tanpa perlu membelinya. Dengan kata lain ianya PERCUMA!
Sejarah MySQL
- MySQL AB bertanggungjawab membangunkan MySQL (1994-1995 )
- MySQL AB adalah generasi kedua syarikat sumber terbuka
- MySQL terus berkembang dengan berbagai – bagai versi pembaharuan
- SQL
- Php
- Apache
- dll
- Mudah dikendalikan
- Cepat, tidak membebankan sistem operasi
- Aplikasinya mudah dikendalikan
Tahukah korang syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo juga menggunakan PHP dan MySQL dalam sistem mereka? Di Malaysia pula, sejak kebelakangan ini semakin banyak jabatan kerajaan dan syarikat swasta memilih menggunakan PHP dan MySQL dalam pembangunan sistem dalaman (in-house system development) mereka.
Sebenarnya anda tidak perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar bahasa skrip ini kerana ia amat mudah dipelajari. Sama ada korang seorang newbie atau profesional, hari ini anda perlu mengetahui serba sedikit lebih mendalam bagaimana PHP & MySQL ini berfungsi.
Memandangkan penggunaan PHP dan MySQL semakin mendapat permintaan daripada syarikat dan jabatan kerajaan, maka korang mempunyai potensi besar untuk membangunkan sebuah sistem samada untuk organisasi luar atau untuk diri sendiri. Korang juga mungkin boleh jadi ‘freelancer’ nanti. Apatah lagi jika anda seorang ‘programmer’. Inilah peluang untuk anda memiliki satu lagi kemahiran yang hebat bagi menambah nilai skill untuk diri sendiri. Aku berani jamin korang pasti terpikat kalau dah mengenali dan mempelajari PHP dan MySQL ni.
Fakta Menarik Tentang MySQL
- Pangkalan data yang digunakan oleh syarikat gergasi dunia seperti Google, Yahoo, Youtube, Wikipedia.
- 11 juta ‘active installation’.
- 60,000 download copy sehari.
- Sangat mudah digunakan: proses installation kurang dari 15 minit.
- Pada tahun 2008, MySQL dibeli dengan harga USD 1 Bilion oleh Sun Microsystem daripada MySQL AB. Sumber: http://www.mysql.com/news-and-events/sun-to-acquire-mysql.html
- Ia masih kekal sebagai Sumber Terbuka walaupun kini dimiliki oleh Sun Microsystems.
- Laman web MySQL: www.mysql.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar