Jumat, 21 Oktober 2011

CSS
Selain PHP, Bagi sesebuah script atau koding yang wajib untuk sesebuah laman web adalah CSS. Kat sini aku kongsikan sama2 dengan korang apakah yang dimaksudkan dengan CSS?
Pada tahun 2002 kita mula terpegun dengan kecanggihan laman web yang berbentuk flash yang dikendalikan oleh syarikat gergasi siapa tak kenal Adobe kan? Tak nak pandang dah laman web yang guna table dan juga grafik2 yang agak statik.
Mengikut pembacaan saya ada juga diantara pembangun laman web lain tak pandang langsung Flash masa tu. Atas alasan mengikut piawaian yang telah ditetapkan W3C. Piawaian itu adalah berbentuk web standards.Baca berkenaan piawaian web standard kat sini: http://www.webstandards.org
Salah satu teknologi yang ditetapkan oleh W3C masa itu ialah penggunaan StyleSheet di dalam dokumen HTML untuk tujuan penggayaan (Styling). Bermula dengan versi CSS 1.0, CSS 2.1, dan kini sudah mencapai versi CSS 3 (walaupun belum semua pelayar web menyokongnya). Untuk pengetahuan, CSS dicipta oleh HÃ¥kon Wium Lie, yang kini sedang berkerja sebagai CTO di Opera. Opera ialah sebuah syarikat yang membangunkan pelayar web Opera.
Baiklah kita mulakan….
  • CSS adalah singkatan dari Cascading Style-Sheet iaitu sebuah pengembangan atas kod HTML yang sudah ada sebelumnya.Ianya merupakan mekanisma untuk menyusun dan menetapkan aturan setiap objek atau blok dalam laman HTML. Dengan CSS, kita boleh menentukan sebuah struktur dasar halaman web secara lebih mudah dan cepat.
  • CSS ialah teks ASCII yang mengandungi arahan-arahan untuk memformat dokumen laman web. Ia memudahkan penggunaan bagi membuat rekabentuk dan persembahan laman web seperti penggunaan font, saiz font, warna latar dan lain-lain.
  • Penggunaan dalam HTML 4.0. Kebanyakan elemen HTML sudah tidak digunakan lagi. Sungguhpun begitu, pelayan web atau web browser masih lagi menyokong kepenggunaanya.Pihak World Wide Web Consortium (W3C) menegaskan mereka tidak akan berterusan menggunakan sokongan HTML. Sebagai alternatif, Pereka laman web perlulah menggunakan CSS sebagai ganti.
  • Mengapa tidak menggunakan sahaja HTML untuk memformat dokumen? Sebenarnya salah satu alasan mengapa perlunya pengetahuan tentang Cascading Style Sheets ialah ia membolehkan penggunaan memformat elemen dengan mudah dan cepat.
  • Apabila perubahan dibuat pada fail itu ia akan mempengaruhi semua fail html yang terlibat. Ini akan menjimatkan masa jika terdapat banyak fail html. Erti kata tidak perlu mengedit satu persatu agar keseluruhan laman web menjadi seragam dan untuk lebih konsisten.
Kelebihan koding CSS
  • Pengendalian yang pantas
  • Kepantasan loading untuk sesebuah laman web, lebih pantas berbanding flash.
  • Muat turun arahan yang cepat
  • Lebih baik dan mesra SEO (searh engine optimization)
Modul

  • Gaya dan corak arahan  untuk ruang halaman yang banyak
  • Ketetapan rekaan
  • Mudah dikendalikan
Kelebihan capaian lain
  • Tidak perlu menyalahgunakan tags (cth., <blockquote> for formatting)
  • Tidak perlu menetapkan posisi gambaran yang tidak kelihatan
  • Pengaturcaraan pengguna boleh mengesampingkan pengaturcaraan pengubah (author)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar