Rabu, 12 Oktober 2011


Komunikasi Dan Teknologi Satelit :Kegunaan Kini dan Masa Hadapan


Pendahuluan
Dewasa ini telekomunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam modenisasi kehidupan dan menjadi suatu keperluan dalam setiap aspek kehidupan samada dalam perniagaan, perdagangan, pendidikan, industri, penyiaran dan sebagainya.
Komunikasi satelit merupakan komunikasi moden yang mula mendapat perhatian kerana infrastruktur jaringan komunikasi selama ini menggunakan teknologi komunikasi melalui jalan darat (terrestrial) menghadapi peningkatan kos yang tinggi dalam penyediaan dan pengembangannya (KTKM 2000).
Dalam konteks Malaysia, satelit telah mula di gunakan dalam pelbagai perkhidmatan komunikasi semenjak setesen satelit bumi di Kuantan mula beroperasi serta menawarkan perkhidmatan antarabangsa melalui Intelsat pada 174 darjah Timur (KTKM 2000). Sehingga sekarang Malaysia masih lagi menggunakan PALAPA, sebuah satelit Indonesia serta INDOSAT iaitu satelit negara India dan satelit-satelit asing yang lain. Sudah menjadi suatu keperluan bagi Malaysia untuk membangunkan kemudahan satelitnya sendiri.

Perkembangan Aplikasi Satelit Komunikasi


                    Kedudukan Satelit GEO Dan LEO
Sudah hampir 40 tahun semenjak satelit pertama di dunia dipancarkan berbagai aplikasi satelit telah dikembangkan dan sejak tahun 1964 lagi hampir semua satelit komunikasi berada pada posisi Geostasionary Earth Orbit (GEO). Posisi GEO ini adalah ketinggian 35000 km di atas permukaan bumi. Orbit-orbit pada kedudukan ini menyederhanakan sistem-sistem operasi dan infrastruktur setesen bumi. Untuk membolehkan pemancaran telekomunikasi ke seluruh dunia maka 3 atau 4 satelit GEO diperlukan (Elektro Indonesia 1997). Aplikasi satelit GEO kebanyakkannya digunakan untuk komunikasi analog jarak jauh atau penyiaran TV analog.

          Sistem Komunikasi Lama Tanpa Menggunakan Satelit

           Sistem Komunikasi Menggunakan Satelit
Perkembangan teknologi baru seperti peranti elektronik digital telah mengubah aplikasi satelit dari aplikasi data kelajuan rendah kepada aplikasi data berkelajuan tinggi iaitu mencecah skala gigabit. Ini mendorong supaya menghasilkan satelit yang mempunyai konsep-konsep baru serta menerapkan teknologi-teknologi yang lebih efektif seperti meningkatkan kuasa (EIRP and linearity), jangka hayat melebihi 15 tahun, fleksibiliti muatan dan sebagainya.

Aplikasi-aplikasi VSAT(very small aperture terminal) di masa hadapan

Fixed Satellite Services (FSS) telah hampir 30 tahun digunakan untuk menyediakan berbagai komunikasi di beberapa wilayah di dunia ini. Satelit-satelit FSS ini berada pada lokasi orbit GEO. Kebanyakkan aplikasi FSS adalah untuk menyediakan komunikasi dua arah seperti pelayan percakapan telefon, faksimili, komunikasi data dan penyiaran TV. Telah banyak satelit FSS dipancarkan ke lokasi orbitnya oleh negara-negara dan juga pengusaha satelit di seluruh dunia menyebabkan orbit GEO penuh dan mendatangkan kesulitan untuk memancarkan satelit baru ke orbit ini.

Kemajuan teknologi komputer dan elektronik telah mengubah situasi perkhidmatan satelit FSS. Sistem satelit FSS mempunyai kapasiti yang sangat besar dengan harga sistem yang relatif rendah termasuk kos penyediaan terminal VSAT. Kelebihan ini menjadikan sistem satelit FSS suatu satelit yang menarik. Sistem satelit FSS menyediakan berbagai aplikasi yang tidak terbatas hanya untuk percakapan telefon. Faksimili, penyiaran TV atau pelayan komunikasi data berkelajuan tinggi sahaja tetapi berkeupayaan menjadi pelayan baru kepada multimedia, DTH (direct to home), akses internet, video conferencing, Sateliite News Gathering (GNS), frame delay, Digital Audio Broadcasting (DAB) berbagai-bagai lagi bentuk pelayan baru lain yang boleh ditambah (Elektro Indonesia 1997).

Aplikasi FSS Yang Sedia Ada
  1. Pelayan untuk penyiaran TV, faksimili dan percakapan telefon.
  2. Kemajuan teknologi satelit dalam kerangka globalisasi menghadapi era perdagangan bebas telah mengubah penggunaan satelit. Sistem satelit FSS menjadi infrastruktur telekomunikasi yang penting dalam meningkatkan daya saing sesebuah negara untuk merebut peluang baru dalam penyediaan telekomunikasi global.
    Ketika ini antenna penerima yang digunakan berdiameter kecil iaitu lebih kurang 6 cm berbanding dulu berdiameter besar 10-13 meter. Perkhidmatan satelit sekarang adalah menyediakan pelayan telekomunikasi yang secara langsung kepada pengguna. Pengguna akan dapat menikmati pelayan percakapan telefon, faksimili dan komunikasi data dalam waktu yang sama sambil melihat siaran TV. Keunggulan yang dimiliki oleh sistem satelit FSS ialah ia tidak terbatas kepada jarak.

  3. Pelayan Satelit Multimedia
  4. Kemajuan dalam teknologi multimedia telah meningkatkan penggunaan berbagai
    pelayan multimedia interaktif. Di antara pelayan multimedia tersebut adalah seperti Image Viewers, full motion video players, Audio players, high quality dan document readers.
    Sistem satelit multimedia menggunakan teknik 'compress video independent' (contoh MPEG I/II) disamping menyediakan sistem video conferencing dua arah dengan kemampuan multipoint dan asymmetric video.

  5. Satelit Direct To Home (DTH)
  6. Television telah menjadi suatu yang penting dalam kehidupan moden ini. Penyiaran TV secara traditional menggunakan pemancaran terrestrial dan sistem analog secara langsung ke rumah-rumah seperti CATV yang menyiarkan program-program TV menggunakan jaringan kabel fiber optik. Kini sudah ada usaha untuk menyiarkan siaran TV skala global ke seluruh pelusuk dunia dalam jangka waktu yang singkat iaitu dengan menggunakan teknologi DTH yang bertindak sebagai infrastruktur TV Link menghantar berbagai program secara langsung kepada pengguna melalui jaringan satelit.

  7. Akses Internet melalui Satelit
Hampir semua negara di seluruh dunia mempunyai pelayan internet dan perkembangannya amat pesat. Menurut Forrester Research pelanggan internet
akan meningkat kepada 52 juta pada tahun 2000. Situasi ini menyebabkan pelayan internet menjadi sebuk dan pelanggan akan merasa bosan kerana mengakses sesuatu maklumat atau fail menjadi lambat serta mengambil masa yang lama.
Sistem satelit dapat mengatasi masalah-masalah tersebut dan teknologi satelit yang digunakan untuk aplikasi internet adalah seperti DirectPC di Amerika, Jepun, Kanada dan beberapa negara Eropah.

                    Konfigurasi Sistem Komunikasi Satelit Multimedia Masa Depan

  1. Satellite News Gathering (SNG)
  2. Pelayan SNG merupakan antara pelayan yang popular menyediakan perkhidmatan seperti perusahaan penyiaran TV yang mempunyai kemampuan mobile membolehkan membuat liputan di luar kawasan dan membuat siaran secara langsung dari lokasi. SNG menyediakan setesen bumi bergerak atau mobile dengan kelengkapan sistem audio, percakapan telefon dan video.

  3. Satellite Video Conferncing
Video conferencing adalah penggunaan peralatan audio dan video yang menyelenggarakan sesuatu perbualan di mana antara pengguna berada di lokasi yang berbeza. Pelayan sistem ini masih di gunakan tetapi keupayaannya terbatas. Sistem satelit multimedia merupakan infrastruktur yang sangat sesuai bagi menyelenggarakan video conferencing ini dibandingkan dengan jaringan yang lain kerana fleksibilitinya dan kemudahan untuk dipasang di mana-mana.
Sebenarnya, teknologi satelit ini telah digunakan di negara-negara yang telah maju. Kegunaan satelit ini telah di manfaatkan dalam berbagai bidang. Dalam konteks Malaysia , ianya masih baru. Kita mengharapkan supaya negara kita akan dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain yang telah pun mempunyai satelit yang mempunyai peranannya yang tersendiri. Antaranya selain daripada yang disebutkan di atas ialah :

  1. Sebagai memerhati perubahan cuaca
  1. Satelit cuaca berkeupayaan mengesan perubahan keadaan suhu, angin, tekanan, komposis udara dan awan di athmosfera.
  2. Maklumay yang diperolehi akan dihantar ke stesen di bumi untuk dianalisa dan digunakan dalam ramalan cuaca.
  3. Satelit cuaca dilengkapi dengan kamera dan alat-lamat pelancaran gelombang mikro serta gelombang bunyi untuk mengesan keadaan atmosfera di bawah awan.
          
           Contoh Gambar Dari Satelit Menunjukkan Keadaan Suhu di Permukaan Laut

  1. Satelit pelayaran
  1. Berfungsi menunjukkan haluan kepada kapal-kapal dilautan dan kapal terbang. Digunakan juga mengesan kapal yang sesat dilaut.
  2. Kapal-kapa dan kapal terbang boleh mengetahui di mana mereka berada dengan mengesan isyarat-isyarat yang dihantar oleh satelit.
  1. Satelit pengkaji lautan dan daratan
  1. Bergerak melintasi permukaan bumi sambil mengambil gambar permukaan bumi dan membuat analisa.
  2. Gambar ini akan dibesarkan untuk mengesan pemetaan bumi, carigali sumber asli dan perlombongan.
  3. Satelit pengkaji ini juga digunakan untuk meneliti keadaan ombak, tasik dan lautan yang mengalami pencemaran minyak.

  1. Satelit Biologi
  1. Bertujuan meneliti keadaan biologi benda hidup semasa satelit melintasi bumi.
  2. Membuat kajian populasi, perubahan aktiviti tahunan dan cara hidup organisma.
  3. Dalam bidang pertanian, ia digunakan untuk pemetaan jenis tanah, perancangan tanaman, mengesan kawasan pembungaan tanama dan kawasan yang diserang penyakit atau serangga perosak.
  4. Dalam bidang perikanan, satelit ini digunakan untuk mencari dan meramal dimana kawasan ikan boleh dijumpai.

  1. satelit sebagai makmal sains
  1. Juga dikenali sebagai stesen angkasa lepas.
  2. Ahli sains dan ahli astronomi boleh menjalankan kajian dan eksperimen di nagkasa lepas untuk faedah manusia terutama dalam bidang perubatan dan perindustrian.

  1. satelit pertahanan
  1. Boleh mengesan pelancaran peluru berpandu atau tempat-tempat yang berkepentingan pertahanan di sesebuah negara.
  2. Contohnya; Samos dan Midas kepunyaan Amerika serata Cosmos kepunyaan Rusia.


Rumusan
Hari ini komunikasi satelit menjadi suatu keperluan kepada manusia dalam mengadakan komunikasi secara global. Perkembangan penggunaan komunikasi satelit dalam alaf baru ini akan menyaksikan peningkatan ciptaan atau penemuan yang baru. Satelit akan mengubah dunia komunikasi dan menjadikan dunia komunikasi sebagai komunikasi yang lebih bermakna, selamat dan menyeronokkan. Itupun jikalau segala ciptaan dimanafaatkan dengan baik untuk kehidupan manusia sejagat. Jika tidak, kebinasaan akan pasti berlaku. Kecanggihan satelit jugalah boleh menjadikan bumi "padang jarak padang terkukur."

Contoh Penggunaan Satelit :
Bentuk permukaan bumi boleh dilihat dengan menggunakan perkhidmatan satelit. Berikut diberikan URL yang mempunyai perkhidmatan tersebut.Jenis satelit boleh dipilih sendiri. http://www.fourmilab.ch/earthview/satellite.html. Juga boleh diteliti pada http://www.satellite.com



Rujukan

Kementerian Tenaga Komunikasi & Multimedia. 2000. Komunikasi
       Satelit.
(atas talian). http://www.ktkm.gov.my/bm/comm/satellite.html
       (2 Febuari 2001)
Elektro Indonesia. 1997. Teknologi VSAT Untuk Berbagai Aplikasi Di
       Masa
Depan. (atas talian).
       http://www.elektroindonesia.com/elektro/khusus9.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar